Pembiayaan Inisiatif Jalur dan Jalan

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB)

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (Asian Infrastructure Investment Bankcode: en is deprecated , AIIB) yang pertama kali dicadangkan pada Oktober 2013 merupakan sebuah bank pembangunan khusus untuk memberi pinjaman bagi projek infrastruktur. Sehingga 2015, China mengumumkan bahawa projek berkaitan infrastruktur bernilai lebih satu trilion yuan (AS$160 bilion) berada dalam perancangan atau pembinaan.[57]

Matlamat utama AIIB adalah untuk menangani keperluan infrastruktur yang berkembang di seluruh Asia, mempertingkat integrasi serantau, menggalakkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan akses awam kepada perkhidmatan sosial.[58]

Perkara-Perkara Perjanjian (rangka kerja undang-undang) AIIB telah ditandatangani di Beijing pada 29 Jun 2015. Bank yang dicadangkan mempunyai modal dibenarkan sebanyak $100 bilion, yang mana 75% daripadanya akan datang dari Asia dan Oseania. China akan menjadi pemegang kepentingan tunggal terbesar dengan memegang 26.63% hak mengundi. Lembaga pengelola ialah badan pembuat keputusan tertinggi AIIB.[59] Bank itu mula beroperasi pada 16 Januari 2016, dan meluluskan empat pinjaman pertamanya pada bulan Jun.[60]

Dana Jalan Sutera

Pada November 2014, pemimpin PKC Xi Jinping mengumumkan dana pembangunan AS$40 bilion yang berasingan daripada bank dan oleh itu bukan sebahagian daripada pelaburan Koridor Ekonomi China–Pakistan. Dana Jalan Sutera akan melabur dalam perniagaan dan bukannya meminjamkan wang kepada projek tersebut. Projek pertamanya ialah Projek Kuasa Hidro Karot, 50 km (31 bt) dari Islamabad, Pakistan.[61]

Perbadanan Pelaburan China

BRI disokong oleh Perbadanan Pelaburan China (China Investment Corporationcode: en is deprecated , CIC) yang melabur dalam projek infrastrukturnya, mengambil bahagian dalam dana pembangunan lain yang berkaitan dengan BRI, dan membantu syarikat China dengan penggabungan dan pengambilalihan syarikat luar negara.[62]

Anak syarikat dalam negara CIC, Central Huijin secara tidak langsung menyokong BRI melalui sokongannya terhadap institusi kewangan domestik seperti bank polisi [en] atau bank perdagangan milik kerajaan, yang seterusnya membiayai projek BRI.[62]

Kemampanan hutang

Pada 2017, China menyertai Garis Panduan Operasi G20 untuk Pembiayaan Mampan dan pada 2019 kepada Prinsip G20 untuk Pelaburan Infrastruktur Berkualiti. Pusat Pembangunan Global menyifatkan Rangka Kerja Kemampanan Hutang Baharu China sebagai "seiras" dengan rangka kerja kemampanan hutang Bank Dunia dan IMF sendiri.[63][64]

China adalah pemberi pinjaman dwihala terbesar di dunia.[65] Pinjaman disokong oleh cagaran seperti hak ke atas lombong, pelabuhan mahupun dana.[4]

Dasar ini telah didakwa oleh Kerajaan AS sebagai satu bentuk "diplomasi perangkap hutang"; Walau bagaimanapun, istilah itu sendiri dikritik oleh para penganalisis dan penyelidik yang telah menegaskan bahawa tidak terdapat bukti untuk membuktikan bahawa China sengaja mengerjakan diplomasi perangkap hutang.[66] Hasil penyelidikan oleh Deborah Brautigam, seorang profesor ekonomi politik antarabangsa di Johns Hopkins University, dan Meg Rithmire, seorang profesor bersekutu di Harvard Business School, mempertikaikan dakwaan diplomasi perangkap hutang oleh China dan menegaskan bahawa "bank-bank China bersedia untuk menyusun semula syarat-syarat pinjaman sedia ada dan tidak pernah benar-benar merampas aset dari mana-mana negara, lebih-lebih lagi pelabuhan Hambantota". Mereka berhujah bahawa sudah 'lama tertunggak' untuk orang ramai mengetahui kebenaran dan tidak membiarkannya "disalahfahamkan dengan sengaja".[67]

Bagi negara China sendiri, sebuah laporan dari Fitch Ratings meragui keupayaan bank-bank China untuk mengawal risiko kerana ia tidak mempunyai rekod yang baik dalam memperuntukkan sumber secara cekap di dalam negeri. Ini mungkin membawa kepada masalah kualiti aset baharu untuk bank-bank China dari mana mungkin datangnya sebahagian besar pembiayaan.[68] Selain itu, terdapat dua buah bank milik negara yang menyelia pinjaman dan pembangunan luar negeri China.

Pada April 2020, ekoran pandemik COVID-19, Kumpulan 20 memutuskan untuk membekukan pembayaran hutang bagi negara-negara yang bergelut untuk membayarnya. Faedah ke atas pinjaman China terus terakru semasa pembekuan. Pada Jun 2020, Xi Jinping memutuskan untuk membatalkan pinjaman tanpa faedah untuk negara Afrika tertentu. Sejak tahun 2000, jenis pinjaman ini telah menyumbang 2 hingga 3 peratus daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan China kepada negara-negara Afrika. Tambahan pula, bantuan asing menjadi topik kontroversi di China kerana negara itu sendiri mempunyai kawasan penduduk miskin tegar.[69]

Rujukan

WikiPedia: Inisiatif Jalur dan Jalan https://web.archive.org/web/20190511191431/http://... http://www.ndrc.gov.cn/gzdt/201509/t20150921_75169... http://www.xinhuanet.com/politics/2019-08/18/c_112... https://web.archive.org/web/20190821145507/http://... http://www.worldbank.org/en/topic/regional-integra... https://web.archive.org/web/20190219015644/http://... https://web.archive.org/web/20201219175603/https:/... https://www.worldcat.org/issn/0013-0613 https://www.economist.com/china/2020/06/04/the-pan... https://academic.oup.com/fpa/article-abstract/17/2...